Berkata sahabat Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'Anhu: "Tiadalah engkau berbicara dengan suatu kaum yang belum sampai akalnya melainkan pasti (pembicaraanmu) menjadi fitnah bagi sebagian mereka." (Riwayat Muslim)Jika kita tak pasti tentang sesuatu tuduhan seseorang itu fitnah ataupun bukan, lebih baik kita diam ataupun memberi nasihat tanpa menyentuh isu fitnah kepada orang ramai untuk mengelakkan berlaku persepsi yang salah daripada mereka.
Orang yang mewakili parti Islam juga tidak terlepas daripada perkara ini. Apatah lagi orang yang bukan parti Islam tapi bergabung dengannya. Tindakan mereka yang membawa nama Islam ini menabur fitnah merupakan suatu gambaran salah kepada orang bukan Islam yang seakan-akan melihat fitnah boleh dalam Islam. Perkara ini seterusnya menjadi fitnah pula terhadap agama Islam. Inilah tanggungjawab yang biasanya terlepas pandang oleh masyarakat Islam hari ini.
Menyentuh mengenai politik, hari ini gejala tuduh-menuduh ini jelas berlaku dalam mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang di negara kita.
Anwar Ibrahim berang ditanya wartawan. Ini bukan tuduhan sebab anda boleh lihat di blog GAP ni =) http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/04/anwar-binawe-mengamok-lagi-tahniah-nik.html
Semoga kita semua sentiasa terhindar daripada membuat fitnah sama ada secara sedar mahupun tidak.
No comments:
Post a Comment