Ya kebanyakkan penyokong-penyokong ini membuat sesuatu kerana manusia. Walaupun perkara tersebut salah, tetap disokong, walaupon benar, tetap ditentang. Semoga mereka mendapat petunjuk.
perspektifMuda (pM)
BERSATULAH KITA .Saya bukanlah penulis hebat, saya cuma melakarkan pendapat.
Friday, December 2, 2011
Friday, August 5, 2011
Penyokong Pakatan Pun Anti PAS
Memang terbukti dakwaan-dakwaan sebelum ini bahawa parti PAS hanyalah kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu/Islam. Bila sudah punyai pengaruh dan kuasa, mereka akhirnya mungkin dipinggirkan. Mereka harus sedar, golongan bukan Islam yang menyokong mereka bukanlah kerana perjuangan mereka membawa Islam (itupun kalau mereka masih memperjuangkannya). Tapi tak lain tak bukan hanyalah untuk mendapatkan kuasa untuk memerintah Malaysia dan seterusnya menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan Islam yang mungkin telah lama mereka pendam selama ini. Bila baca komen golongan penyokong murtad ini, sedih rasanya andainya PAS tak sedar-sedar diri dan terus mendabik dada mengatakan mereka benar dan mendapat banyak sokongan.
Tuesday, August 2, 2011
Group Pro Murtad di Facebook
Astaghfirullah.
Tak dapat nak gambarkan perasaan bila dapat khabar macam ni.
Sedih, kecewa, kelu bila baca post-post dan komen-komen ahli dalam group tu.
Sayu melihat orang Islam yang dah terperangkap dengan musuh-musuh Islam menjadi duri dalam daging.
Bersorak gembiralah peguam-peguam bermulut busuk yang selama ini memperjuangkan murtad atas nama kebebasan beragama dalam masa yang sama menyekat kebebasan beragama bagi Islam. Peguam yang kononnya memperjuangkan keadilan dan 'kebersihan'. Tapi bila Islam dihalang untuk mengamalkan agamanya iaitu menghindari murtad bagi penganutnya.
Mana kebebasan yang dilaungkan? Pemimpin Islam dihina, ilmuan Islam turut dimain-mainkan. Namun, orang Islam sendiri menyokong agama ini diperkotak-katikkan. Hidup dalam mainan dan cengkaman kafir untuk mengejar kuasa.
Marilah kita sama-sama berdoa orang-orang Islam yang menyokong group ini, https://www.facebook.com/groups/117676498244829/, agar kembali ke pangkal jalan. Juga marilah kita berdoa semoga yang belum menerima Islam di situ mendapat hidayah menjadi saudara kita. Amin
Wednesday, June 15, 2011
Bersihkan Malaysia daripada Demonstrasi
Berikut ialah ulasan Ustaz Rasul Dahri berkenaan demonstrasi yang cuba dijadikan budaya di Malaysia. Sebenarnya, banyak juga ilmuan-ilmuan agama dari negara jiran Indonesia yang tidak bersetuju dengan budaya demonstrasi jalanan ini. Mereka lebih kerap menghadapi situasi ini di negara mereka maka pandangan mereka juga ada asasnya. Kesimpulannya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan pada orang awam. Hantar memorandum rasanya tak perlu penuhkan jalan raya.
Demonstrasi Bersih Haram Menurut Syara
Demonstrasi Bersih Haram Menurut Syara
Labels:
Bersih,
Demonstrasi,
Haram
Subscribe to:
Posts (Atom)