Tuesday, August 2, 2011

Group Pro Murtad di Facebook

Astaghfirullah.
Tak dapat nak gambarkan perasaan bila dapat khabar macam ni.
Sedih, kecewa, kelu bila baca post-post dan komen-komen ahli dalam group tu.
Sayu melihat orang Islam yang dah terperangkap dengan musuh-musuh Islam menjadi duri dalam daging.
Bersorak gembiralah peguam-peguam bermulut busuk yang selama ini memperjuangkan murtad atas nama kebebasan beragama dalam masa yang sama menyekat kebebasan beragama bagi Islam. Peguam yang kononnya memperjuangkan keadilan dan 'kebersihan'. Tapi bila Islam dihalang untuk mengamalkan agamanya iaitu menghindari murtad bagi penganutnya.
Mana kebebasan yang dilaungkan? Pemimpin Islam dihina, ilmuan Islam turut dimain-mainkan. Namun, orang Islam sendiri menyokong agama ini diperkotak-katikkan. Hidup dalam mainan dan cengkaman kafir untuk mengejar kuasa.
Marilah kita sama-sama berdoa orang-orang Islam yang menyokong group ini, https://www.facebook.com/groups/117676498244829/, agar kembali ke pangkal jalan. Juga marilah kita berdoa semoga yang belum menerima Islam di situ mendapat hidayah menjadi saudara kita. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...