Sunday, May 2, 2010

Nik Aziz diugut bunuh

Siapa la pula yang nak bunuh Nik Aziz ni. Tak payah la susah-susah nak bunuh dia. Tak pasal-pasal dapat dosa je bunuh sesama Islam. Lagipun, nanti susah la dah kurang modal nak dengar pemimpin PAS mengarut. Lagi banyak mereka mengarut lagi mudah rakyat menilai dan membuat keputusan.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Khamis lalu.

"Saya menyedari mengenai ugutan terbabit, selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, yang ditulis pada malam Khamis lalu.

"Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis itu.

Beliau berkata, Pas menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan dan secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Nik Abdul Aziz.

"Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini supaya dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.

"Semalam, saya juga ada memeriksa akaun terbabit namun ia tidak lagi aktif," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu.

"Kita akan siasat dan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terbabit," katanya.

Zulkarnain berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Thursday, March 25, 2010

Utusan: Najib beri imej baik kepada politik: Bekas PM Britain

KETOKOHAN, keterbukaan dan sikap terus-terang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengemudi pentadbiran negara, di samping memiliki visi luas mencorakkan hala tuju ekonomi dalam mengangkat nama Malaysia di persada global, mendapat pujian bekas Perdana Menteri Britain, Sir John Major.

Dengan nada berseloroh, Major berkata: “Perdana Menteri anda (Najib) berada dalam kedudukan ‘bahaya’ kerana ‘memberi nama baik kepada politik’.“Berdasarkan apa yang disampaikan pada persidangan dan pertemuan dengan pengurus dana pada Persidangan Pelaburan Asia (AIC 2010) serta komitmen beliau untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju, Malaysia sesungguhnya berada di bawah kepemimpinan yang baik,” kata Major disambut tepukan gemuruh hadirin. Major yang kini menjadi Penasihat Khas Credit Suisse, bank pelaburan terbaik dunia berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran CIMB, di sini, malam kelmarin. Perdana Menteri menjadi tetamu kehormat majlis itu.


Terdahulu, Major menjadi moderator Sesi Dialog Makan Tengah Hari Pelabur Dengan Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri lebih 100 pengurus dana dan pelabur institusi kewangan.


Major juga kagum dengan cara Najib menerangkan dengan jelas mengenai usaha sudah dan akan dilaksanakan untuk menaikkan nama Malaysia khususnya sebagai destinasi pelaburan utama dunia.


Katanya, sikap keterbukaan Najib dalam mendengar dan mengambil kira pendapat komuniti antarabangsa khususnya pelabur serta mengimbanginya dengan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia adalah sesuatu yang agak luar biasa khususnya di kalangan ahli politik.

Pada majlis sama, Najib, ketika memberi ucapan berkata, beliau mengambil berat apa perubahan yang pengurus dana mahu lihat dalam pasaran modal Malaysia.


“Anda suka pasaran Malaysia, sebilangan anda mengatakan ia adalah stabil tetapi belum cukup menarik... jadi kami perlu melakukan sesuatu mengenainya bagi menceriakan anda.


“Apabila pasaran dunia meningkat tinggi, pasaran Malaysia tidak banyak bergerak, tetapi apa yang baiknya ialah apabila pasaran dunia merudum, kita tidak turut sama jatuh menjunam dengan teruk,” kata Najib.


Mengenai reformasi ekonomi, beliau berkata, meskipun pengurus dana menggemarinya, namun mereka mahukannya ia dilaksanakan dengan segera dan tersusun.


Bagaimanapun, Najib berkata, apa juga perubahan yang dilakukan adalah untuk keperluan dan kebaikan rakyat Malaysia.

Sunday, March 7, 2010

Apa la Harakah

Nampaknya akhbar Harakah dah jadi akhbar untuk kutuk mana-mana wakil rakyat PR yang lompat parti.

Harakah tak relevan la. Beritanya semua bersifat menyerang dan mencari salah oranag walaupun sendiri yang salah. PAS dah buta kerana kuasa ke? Kalau nak buat berita macam tu jangan guna lagi nama Islam untuk dapatkan kuasa. Memalukan agama.

Sunday, February 7, 2010

Utusan Malaysia:Utusan sasaran Anwar

Utusan sasaran Anwar

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan menjadi topik perbualan paling panas rakyat Malaysia sepanjang minggu ini. Siapa sangka sejarah berulang lagi. Anwar yang pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat lebih 10 tahun lalu, sekali lagi menghadapi tuduhan yang sama.

Awang tidak berminat menyentuh apa yang terkandung dalam perbicaraan kes tersebut, ia urusan mahkamah. Tetapi apa yang berlaku di luar mahkamah juga tidak kurang menarik perhatian.

Seperti biasa, Anwar dan PKR menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai sasarannya. Laporan polis telah dibuat berhubung tajuk berita muka depan Utusan yang didakwanya sebagai penipuan dan berniat jahat. Begitu juga gambar Bernama yang memaparkan Saiful menunjukkan katil, turut mengundang aduan polis. Cubaan Anwar semasa perbicaraan untuk mensabitkan Utusan menghina mahkamah ditolak oleh hakim kerana tiada asas tetapi PKR tidak berdiam. Anwar menerusi portal berita pro pembangkang melabelkan Utusan sebagai biadap, kotor dan jijik. Mengapa Anwar begitu sensitif kepada Utusan? Laporan akhbar Cina hampir sama dengan Utusan termasuk penyiaran gambar katil tetapi yang tetap menjadi sasaran adalah Utusan.

Awang tidak terkejut kerana Anwar sememangnya sejak dahulu lagi menyerang institusi Melayu seperti Utusan. Sebab itu, apa sahaja kata nista Anwar terhadap Utusan, Awang tidak ambil pusing. Malah Awang tidak akan menggunakan istilah kotor dan jijik terhadap apa sahaja perbuatan beliau termasuk gerakannya bersama DAP memboikot dan melemparkan banyak tuduhan liar terhadap Utusan selama ini. Anwar turut mendakwa Utusan sengaja mensensasikan kes beliau. Sebenarnya, semua akhbar memberikan liputan besar, bukan sahaja Utusan. Berita tetap berita. Lagi tinggi kedudukan dan jawatan seseorang yang disabitkan dengan kes mahkamah apatah lagi kes liwat, lagi tinggi nilai berita. Anwar tentu tahu hakikat itu tetapi beliau ada muslihat mahu mengalih perhatian daripada keterangan penting pada perbicaraan itu.

Pada Awang, jika kes tersebut dilihat begitu sensasi, ia juga antara lain berpunca daripada tindakan beliau. Sebelum mahkamah bersidang, ketua pembangkang itu telah lama mengadakan perbicaraan di luar mahkamah dengan mengadakan road show untuk memberikan versi beliau bagi mempertahankan diri.

Kali ini, usaha Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya dengan membakar sentimen awam, tidak berhasil. Hanya puluhan sahaja penyokongnya hadir. Malah cubaan untuk mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat, juga gagal kerana orang ramai tidak mahu terjebak. Ekoran itu, khabarnya, PKR terpaksa memanggil mesyuarat bagi mencari jalan menghimpunkan jumlah penyokong yang besar, selepas ini.

Awang juga berharap kumpulan sorak PKR di mahkamah tidak bertindak keterlaluan. Perbuatan penyokong dan seorang anggota keluarga tertuduh menjerit terhadap Saiful memintanya bertaubat dan penghinaan yang lain, adalah tidak wajar. Bagaimana pula jika kumpulan atau individu yang bersimpati dengan Saiful membalas bahawa Anwar yang sepatutnya bertaubat dan apa pula perasaan beliau? Maka serahkan sahaja kepada proses mahkamah. Demi mencari keadilan, lapangkan hati dan tenteramkan jiwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...