Tuesday, December 22, 2009

Kembali

Lama blog ni tak terupdate. Saya kadang kala rasa terlalu banyak perkara yang terjadi dalam dunia politik negara sehingga tak mampu untuk menulis pandangan dari perspektif saya di sini.

Minggu lepas, 'Pakatan Rakyat' mengadakan konvensyen untuk meluluskan dasar mereka.
Persetujuan PAS untuk menjadi salah satu sekutu dalam PR memang menimbulkan berbagai pandangan berbeza daripada pelbagai pihak termasuk daripada ahli-ahli PAS sendiri. Nampaknya, tidak kelihatan, atau tidak jelas kelihatan, perjuangan Islam dalam PR sebagaimana yang mereka katakan terhadap BN.

Tigers love to tug on purple ducks.

Sunday, August 30, 2009

Agama lain dihina tak boleh,agama sendiri takpe.

Sbg seorang pelajar Muslim,saya mmg betul-betul tak faham kenapa orang yg mengaku Islam di luar sana masih buta sbb tak nampak siapa PR yang sebenarnya.

Dalam blog Penasihat Pkr,parti tersebut mengutuk kumpulan yg dikatakan menghina agama hindu.Padahal kumpulan tersebut telah menjelaskan bahawa mereka tidak pon bermaksud begitu. Bulan-bulan puasa ni pun nak buat fitnah juga ke?

Yang paling peliknya,bila agama sendiri di hina habis-habisan tu, tak pula org2 Islam ini bersuara mempertahankan agama.Malah membenarkan pula agama itu dihina.

Adus..pening-pening..

http://anwaribrahimblog.com/2009/08/29/pkr-kutuk-tindakan-kumpulan-menghina-agama-hindu/

Tuesday, August 25, 2009

Anwar buka pekung PKR

2hari lepas,penasihat PKR dlm blognya telah menulis..
Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat.

pada perspektif saya,perkara ini menunjukkan bahawa terdapat banyak kelemahan wakil2 rakyat daripada parti pembangkang.Selain itu,saya berpendapat banyak lg masalah seperti ini(kelemahan wakil rakyat & ahli) yg disembunyikan daripada orang ramai. Tapi, yg peliknya,perkara ini akan mereka dedahkan apabila ahli mereka memutuskan utk keluar drpd parti mereka. Mungkin ini cara mereka untuk mengelakkan lebih ramai wakil rakyat yg hilang kepercayaan terhadap parti untuk keluar daripada parti kerana pasti akan timbul berbagai-bagai cerita negatif mengenai mereka sama ada betul ataupun tidak.

erm..mungkin lepas ni ahli2 PKR makin takut nak keluar parti..

Monday, August 3, 2009

pilihan raya lagi

pilihanraya kecil bakal diadakan lagi di dun permatang pasir kerana kembalinya adun tersebut ke rahmatullah.Ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.Semoga seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia sentiasa mendapat perlindungan dan dirahmati.
Amin.

JGN DEMONTRASI


Diambil dpd blog muscom.iluvislam.com


Esok, demonstrasi yang melibatkan pihak yang menyokong dan membangkang akan berlangsung di ibu negara.(semua dah tahu dah)

Saya amat tak puas hati dengan orang yang ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan publisiti murahan dengan mengadakan demonstrasi jalanan.Kata orang yang ketagih untuk berdemonstrasi, mereka telah melakukan berbagai-bagai cara namun tidak mendapat perhatian.Jadi mereka anggap demonstrasi merupakan jalan terakhir mereka.

PERCAYALAH DEMONSTRASI BUKAN CARA TERAKHIR ATAUPUN SATU-SATUNYA CARA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH.

Mereka panggil itu demonstrasi aman di mana orang ramai terpekik,terlolong dengan penuh emosi.
Katanya ingin menyuarakan isi hati.
Berapa banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menyuarakan isi hati.
Katanya mereka bukan buat untuk berseronok-seronok, tapi berapa ramai je orang yang serius dan berapa ramai pula yang mengikut berdasarkan emosi.
Jika kita lihat tujuan beberapa demonstrasi sebelum ini adalah untuk menyampaikan memorandum.
Tapi apa salahnya jika tak perlu ramai-ramai berarak menyusahkan orang lain yang berada berhampiran dengan menghantar wakil untuk menyampaikan memorandum tersebut?
Bagi demonstrasi kali ini, anggaran perbelanjaan untuk menarik penyokong menelan sehingga ribuan ringgit(mungkin lebih).Membazir.
Apa bukti yang menyokong bahawa demonstrasi membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan?

Wednesday, July 29, 2009

h1n1-semua harus waspada dan ada kesedaran

Penularan virus h1n1 semakin membimbangkan sejak akhir2 ini. Kolej tempat pM belajar juga telah ditutup baru2 ini kerana terlalu ramai yang demam(dll) termasuk pM sendiri. Namun,demam di kolej saya dipercayai bukan disebabkan h1n1.

Setakat ini,telah 4 orang telah meninggal dunia disebabkan h1n1 di Malaysia. Sebagai langkah pencegahan, kita semua perlulahsedar akan tanggungjawab masing2. Biasakan pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) seandainya ke tempat awam untuk mengurangkan kemungkinan dijangkiti mahupun menyebarkan virus berkenaan. Sekali lagi ditegaskan, semua orang bertanggungjawab membantu mengurangkan penularan wabak h1n1. Sama2 kita doakan negara kita terhindar daripada bencana.Amin

Sunday, July 19, 2009

Dr MAZA:Jika PAS Sudi Mendengar

Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

pM:PAS sila beri perhatian!!

Tuesday, July 14, 2009

semoga berjaya di manek urai


Hampir sebulan blog ini tak diupdate.Bermacam-macam juga senario politik negara yg telah berlaku dlm masa tersebut.pM terlepas banyak juga isu2 yg mungkin berbeza jika dilihat dpd perspektif yang berbeza(mestilah).
sekarang ni pula,PRK di manek urai sedang dijalankan.Diucapkan kepada calon2 bertanding semoga berjaya.Tak kiralah siapa yg menang,yang penting kesepakatan antara kita mestilah dikukuhkan supaya kegemilangan agama,bangsa dan negara dapat dicapai.

Friday, June 19, 2009

saya tak minta dia letak jawatan dlm parti - nik aziz


baru-baru ini,timbalan presiden pas,Nasharuddin, membalas komen yg diberikan oleh Najib yg dilihat menyokong saranan Hadi Awang.

walau bagaimanapun,Nik Aziz yg tetap dgn pendiriannya menolak kerjasama dgn umno telah menasihatkan Nasharuddin agar meletakkan jawatannya sbg wakil rakyat dan sertai umno jika tetap ingin membuat kerjasama.
kemudian,Nik Aziz menafikan pula bahawa dia tidak minta Nasharuddin meletak jawatan sbg Timbalan presiden,tp hanya meminta letak jawatan sbg wakil rakyat.

tapi yg peliknya,jika Nasharuddin menyertai umno, masih bolehkah dia memegang jawatan sebagai Timbalan presiden pas?kalo boleh bagus jugak..

Nampaknya Nik Aziz seperti berdolak dalih dgn kenyataan yg dibuatnya.

Semasa kelas islamic studies tadi,kami belajar mengenai topik faktor kegemilangan tamadun islam.antara salah satu faktornya ialah kesatuan(bersatu padu)

ni antara rangkap dlm nota yg ustaz beri
prinsip bersatu padu dan tolong-menolong adalah antara prinsip yg amat ditekankan oleh Rasulullah s.a.w dlm pentadbirannya demi menjamin keutuhan tamadun ummah.

Konsep kesatuan ini diteruskan pada zaman para sahabat.Sbg contoh, Saidina Abu Bakar telah menyatupadukan kembali umat Islam yg berpecah belah setelah berita tentang kewafatan Rasullah s.a.w. tersebar
benarkah pas parti islam?
tak tahulah camna nak menjawabnya.

pM:saya cadangkan agar Nik Aziz meletakkan jawatan.Kalau dia nak masuk mana2 parti puun tak apa.

Tuesday, June 16, 2009

TV Islam..perspektif mereka

Laporan dari harakah..
Harakahdaily.net:15jun-TV Islam,BN cuba pancing undi Melayu

KOMEN pM:
Umum telah mengetahui,baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan sebuah saluran baru milik kerajaan iaitu TV Islam. Namun usaha yang sepatutnya didokong dan disokong oleh semua pihak yang ingin melihat syiar Islam terus diusahakan ini telah menimbulkan reaksi yang kurang menyenangkan daripada pihak pembangkang. Semalam, harakah daily melaporkan ketua penerangan PAS menganggap pelancaran saluran ini merupakan cubaan kerajaan untuk pancing undi orang melayu.

Kenapa la jumud sangat pemikiran mereka?Golongan seperti ini suka membuat andaian yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain.Kononnya mereka memperjuangkan Islam tapi nampaknya sekarang mereka seperti akan membuat apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Memang mudah untuk membuat andaian yang bukan-bukan.Jika mereka boleh membuat andaian seperti itu, saya juga boleh dengan mengatakan mereka menggunakan nama gerakan Islam untuk menarik pengundi Melayu.Tapi, jika semua orang berfikiran begitu, memang sukar untuk kita mencapai kata sepakat unntuk membangunkan agama dan negara.Jadi, marilah kita sentiasa berhusnuzhon antara satu sama lain bagi mewujudkan kesatuan umat yang lebih kukuh.

Monday, June 15, 2009

Malaysiakini:Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen

Nampaknya orang2 pakatan rakyat(so called) ni suka sangat mencari publisiti murahan.Teringat masa mula-mula sidang parlimen disiarkan secara langsung dulu,perangai ahli-ahli parlimen boleh dikatakan agak mendukacitakan.Semua seakan ingin menge'test power' depan kamera.Agaknya Nizar pun nak 'test power' juga rasanya.Erm biasalah orang baru la katakan.Mungkin dia terlupa dia bukan berada dalam sidang DUN.Tak mengapa la,harap-harap lepas ni dia tak lupa lagi.
Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen
Jun 15, 09 11:44am
kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN". Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut. Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar". nizar jamaluddin sworn in at parliament opposition mps disolve perak state adun headband incident 150609 07Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan. Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari. Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu. Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Friday, June 12, 2009

kerajaan perpaduan dan 1malaysia


kehidupan sbg pelajar agak sibuk kerana pelajaran merupakan perkara utama.jadi tak dapat nak kemas kini blog ni secara konsisten.takpelah,yg penting moga2 perjalanan hidup ini sentiasa mendapat keberkatan Allah.

baru-baru ini, dunia politik malaysia terutamanya pakatan pembangkang sibuk bercerita perihal kerajaan perpaduan yg diusulkan oleh presiden pas,Hadi Awang.

jika kita lihat pendekatan 1malaysia yg diuar-uarkan oleh perdana menteri,Najib Razak, baru-baru ini, konsep utamanya ialah perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia dalam sebuah negara yg bernama Malaysia.

ada persamaan antara kedua-dua seruan daripada 2 pemimpin politik ini iaitu PERPADUAN.walaupun seruan daripada Hadi Awang lebih kepada perpaduan kepemimpinan negara manakala Najib Razak menekankan perpaduan rakyat keseluruhannya, namun ketepikan dahulu perbezaan tersebut.kalau mahu memngukuhkan perpaduan, carilah titik persefahaman.

di sini,dapat kita lihat walaupun punyai ideologi politik yg berbeza,masih ada titik persamaan yg boleh kita cari antara kita utk membangunkan negara ini sekaligus membawa keamanan dan kedamaian sebagaimana yg dipertanggungjawabkan kepada kita sbg khalifah di bumi pinjaman ini.

semoga dgn adanya perpaduan, perkembangan Islam di malaysia juga menjadi lebih padu.

Saturday, June 6, 2009

pas dulu,kini



Pas
dulu katamu
jika bersatu dgn bukan islam, munafik
tapi kini
kamu kata
kamu berjaya mendekatkan mereka dengan islam
dengan bersatu bersama mereka

Pas
dulu katamu
negara islam perlu ditegakkan
tapi kini
hanya negara berkebajikan yang mampu dituturkan
istilah negara islam disembunyikan

Pas
dulu katamu
hukum hudud wajib dilaksanakan
tapi kini
kamu kata
hukum itu hanyalah o.oooo1... dpd hukum islam

apa makna semua ini
apa tujuan semua ini
ku bingung memikirkan perkara yang terjadi

Wednesday, May 13, 2009

kalam mukadimah


alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah kerana limpah kurnianya berjaya juga saya mewujudkan blog ini yang akan menceritakan perspektif saya terhadap politik msia sebagai pelajar.telah lama simpan hasrat ni tp dek kesibukan menghadapi peperiksaan a level,saya tangguhkan sementara namun saya sebenarnya sudah mempunyai blog peribadi yg menceritakan kehidupan saya dikolej dan sebagainya.

saya telah cuba bermula dari 'tengah' dan telah membuat pilihan.saya membuka ruang seluas-luasnya kpd pembaca utk mengekspresikan pendapat masing2 yg mungkin berbeza mahupun sama kerana saya sentiasa menanamkan dalam diri bahawa menjadi fitrah manusia itu berbeza-beza termasuklah dalam memberikan pandangan kerana saya khuatir terpengaruh dgn fikrah golongan wahabi yg mengecam segala pandangan yg berbeza dgn mereka.semoga segala tindakan sentiasa dalam keredaanNya.mungkin nanti akan ada pihak yg mengatakan diri saya terlalu muda utk menilai perkara2 tertentu namun saya tetap meraikan pandangan tersebut sbgainya alasan yg telah saya sebutkan di atas.walaubagaimanapun,saya tetap punyai perspektif saya yg tersendiri.

serba sedikit mengenai diri perspektif muda
-masih menuntut di sebuah kolej swasta di selangor
-ditaja membuat persediaan a level utk menyambung pelajaran ke luar negara
-berharap dpt membawa islam di malaysia dan menjadi seorang ahli politik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...