Friday, August 5, 2011

Penyokong Pakatan Pun Anti PAS

Memang terbukti dakwaan-dakwaan sebelum ini bahawa parti PAS hanyalah kuda tunggangan dalam Pakatan Rakyat untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu/Islam. Bila sudah punyai pengaruh dan kuasa, mereka akhirnya mungkin dipinggirkan. Mereka harus sedar, golongan bukan Islam yang menyokong mereka bukanlah kerana perjuangan mereka membawa Islam (itupun kalau mereka masih memperjuangkannya). Tapi tak lain tak bukan hanyalah untuk mendapatkan kuasa untuk memerintah Malaysia dan seterusnya menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan Islam yang mungkin telah lama mereka pendam selama ini. Bila baca komen golongan penyokong murtad ini, sedih rasanya andainya PAS tak sedar-sedar diri dan terus mendabik dada mengatakan mereka benar dan mendapat banyak sokongan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...