Monday, February 21, 2011

Najib Menentang Pluralisme, Anwar Terasa

Najib secara terbuka telah meminta masyarakat Islam menghindari Pluralisme.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi mengekang pengaruhnya beliau mahu para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama bertanggungjawab menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.
Beliau berkata, hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanya Islam sahaja." - Utusan Online, 19 Feb 2011
Pada masa bekas mufti Perlis menyokong saranan DS Najib, Anwar dalam Twitternya pula seakan-akan terasa dengan kenyataan PM Najib dengan menulis "Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it".
"Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata umat Islam wakil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung larangan menyamakan Islam dengan agama lain." Malaysiakini, 19 Feb 2011
Kenyataan Najib tersebut amat bertentangan dengan kenyataan Anwar ini:
"Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama." Ucapan Anwar di LSE, Religion and Pluralisme in a Divided World, 18 Mac 2010
* Ai takkan baru sikit dah terasa kot.

Fitnah: 'Ketuanan Melayu Slogan UMNO'

Artikel Ilmu mengenai pendekatan Wasatiyyah --> Manhaj Wasatiyyah Terus Relevan

Dalam Konvensyen Pengupayaan Bangsa yang dianjurkan PAS di Shah Alam, Nik Aziz dilaporkan mengatakan bahawa UMNO menggunakan slogan Ketuanan Melayu yang memberi kesan terhadap penerimaan Islam yang semakin jauh daripada golongan bukan Islam.
"Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat." - Malaysiakini, 19 Feb 2011
Sejak bila dalam mana-mana kertas rasmi UMNO menulis "Ketuanan Melayu" sebagai slogannya. Mahupun tidak juga pimpinan tertinggi UMNO melaungkan slogan "Ketuanan Melayu" dalam mana-mana majlis perhimpunan UMNO. Selain daripada slogan 'Hidup Melayu' yang diperkenalkan Dato' Onn bertujuan menyelamatkan negara dan sistem beraja di Tanah Melayu daripada terus dilenyapkan oleh penjajah British pada waktu itu, memang UMNO tidak menggunakan "Ketuanan Melayu" sebagai slogan.
Frasa itu sebenarnya dipopularkan oleh media-media terutamanya media pembangkang yang bertujuan menunjukkan bahawa UMNO merupakn sebuah parti perkauman yang ekstrem. Padahal ramai pihak telah menjelaskan makna "Ketuanan Melayu" merupakan terma yang patut dirujuk sebagai Sultan-sultan melayu yang menaungi negeri-negeri di Malaysia. Bukan juga slogan perkauman yang digunakan oleh UMNO. Tapi kalau dah pembelit tu tetap pembelit. Jangan sampai terbelit. Namun ada juga sebilangan ahli dan media UMNO yang mungkin terpedaya dan terikut dengan  rentak propaganda-propaganda media tersebut.

Menggunakan nama Melayu tidak semestinya bersifat perkauman. Melayu sebagai penganut Islam teramai dan terawal di Malaysia menjadikan perkara ini, menggunakan nama Melayu, sebagai satu langkah wasatiyyah (sederhana / tidak ekstrim) dalam mempertahankan agama Islam di Malaysia. Menyeru Melayu bersatu secara tidak langsung menyeru kepada kesatuan Islam di Malaysia. Islam itu sendiri sebuah agama yang sederhana dan tidak membebankan umatnya. Perkara ini diakui sendiri oleh DAP. Oh, pernah diakui, namun kini tak pasti setelah mereka cuba menjahanamkan PAS. Sejarah kedatangan Islam zaman Rasulullah Muhammad SAW bermula sedikit demi sedikit bermula dengan secara senyap kemudian baru secara terbuka. Tidak dengan secara mendadak (ekstrim).

Artikel Ilmu mengenai pendekatan Wasatiyyah --> Manhaj Wasatiyyah Terus Relevan

Saturday, February 19, 2011

PRK Merlimau dan Kerdau Serentak

Suruhanjaya Pilihanraya memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihanraya kecil di DUN Merlimau dan Kerdau secara serentak.

Keputusan  ini merupakan sesuatu yang bagus kerana pihak SPR dapat menjimatkan masa mereka dan juga masa rakyat Malaysia daripada kempen politik yang berpanjangan. Mereka dapat membuat persiapan untuk kedua-dua PRK sekaligus.

Semoga BN dapat mengekalkan kerusi DUN-DUN tersebut dengan majoriti yang lebih besar. Amin.

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

Allahumma solli 'ala muhammad, wa'ala aali muhammad.
Selawat ada bermacam jenis. Namun semuanya bertujuan memperingati Rasulullah S.A.W dan menyampaikan salam ke atas Baginda.
Dari yang panjang sehinggalah yang pendek. Kita hanya perlukan modal air liur untuk menghargai kekasih Allah ini. Sangat Mudah. Harap-harap, kita akan terus mengingati Rasul junjungan kita bukan sahaja ketika sambutan Maulidurrasul, malah sepanjang masa.

Lebih manis, kalau kita sentiasa mengikuti sunnah-sunnah baginda semampu yang boleh. Cinta bukan sekadar dilafaz di bibir. Orang yang kita kasihi akan lebih gembira jika kita lahirkan dengan tindakan. Jadi, kalau boleh, bukan sekadar berselawat, sama-samalah kita melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan.

Sunday, February 13, 2011

Adakah PRK lagi? Pahang pula.

Dipetik dari Agendadaily.
Adun BN Kerdau,Pahang Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia
Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim ( gambar ) meninggal dunia petang tadi. Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said memberitahu Agendadaily Allahyarham Datuk Zaharudin meninggal dunia setelah terjatuh dalam bilik air di rumah di Temerloh nya pada jam 6.30 petang. Jenazah dikebumikan pagi esok. Sebelum ini Zaharuddin pernah dirawat di IJN kerana sakit jantung

Selepas fenomena yang dipanggil tsunami politik pada PRU 2008, keadaan politik negara terasa amat pelik. Begitu banyak pilihanraya kecil berlaku. Harapnya, ini adalah yang terakhir. Lagipun, kalau ada lagi kekosongan Ahli Parlimen atau ADUN selepas bulan Mac ini, pilihanraya kecil tidak akan dilangsungkan kerana tempoh penggal kali ini hampir tamat.

Mungkinkah ada petanda dari Allah yang ingin ditunjukkan kepada rakyat Malaysia? Sejak kebelakangan ini, banyak temberang dan hasutan pembangkang dapat dirungkaikan. Lebih-lebih lagi sewaktu adanya pilihanraya kecil ini. Rakyat dapat melihat wajah sebenar siapa yang menggelarkan mereka pejuang demokrasi, pejuang keadilan, pejuang rakyat, pejuang Islam dan apa jua jenis pejuang yang mereka dabikkan.

Semakin pelik jika kita lihat pada mulanya keputusan-keputusan pilihanraya kecil berpihak pada pembangkan dan kebanyakannya berlaku di negeri-negeri yang diperintah mereka. Kemudian, mereka seperti terpaku kerana kekalahan demi kekalahan terpaksa diterima -walaupun sukar untuk mereka terima-. Sungguh besar hikmah dari semua kejadian ini.

Perkara ini sekaligus dapat membuka mata dan minda kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang supaya kestabilan negara dapat dikekalkan. Selain itu kita harus berdoa dan berjuang melupakan batasan perbezaan parti untuk mengukuhkan lagi pacak syiar Islam di Malaysia apabila kestabilan negara bertambah utuh.

Saturday, February 12, 2011

Tandas Masjid Kotor: Mana Sebahagian Iman?

Syiar Islam tanggungjawab semua Umat Islam - photo credit Kazasho
 Tandas-tandas di Masjid sekitar negeri Kelantan dilaporkan tidak bersih. Perkara ini juga diakui sendiri oleh Nik Aziz. Adalah amat memalukan pusat ibadah dan komuniti umat Islam tidak dapat dijaga dengan baik. Akhlak dan adab menggunakan tandas yang tidak diamalkan merupakan penyebab berlakunya keadaan sebegini.

Lebih teruk lagi, perkara memalukan ini berlaku di negeri yang digelarkan sebagai serambi Mekah. Sememangnya keadaan ini tidak menggambarkan jolokan yang diberi sendiri. Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Susah lah kalau sebahagian yang mudah ni pun tiada.

Pengguna (jemaah) dan pihak pengurusan masjid perlulah mengambil tindakan sewajarnya. Jemaah yang hadir perlulah berasa bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas masjid yang mereka gunakan. Saya berpendapat kita memang tidak boleh salahkan semuanya pada pentadbir masjid. Walau bagaimanapun, mereka perlu juga mencari jalan untuk memastikan kesucian dan kebersihan tandas tersebut terjaga untuk memaparkan syiar Islam yangr sebenar.

Friday, February 11, 2011

P. Pinang Anjur Perarakan Maulidur Rasul, Boleh Pun.

Dulu kerajaan negeri Pulau Pinang menimbulkan kekecohan mengenai perarakan Maulidur Rasul yang kemudiaanya diback up oleh Nik Aziz.
Tahun ni, awal-awal lagi dah umumkan perarakan akan dibuat macam biasa.

Huh, ok je, tak ada masalah pun nak buat. Yang dulu kecoh-kecoh tu apasal?

Harapnya rakyat tak tertipu la dengan permainan politik pakatan pembangkang yang kuat menipu ni. Sebenarnya merekalah yang nak menguburkan demokrasi dengan penipuan, provokasi dan paksaan dengan sentimen rakyat.
PULAU PINANG, 10 Feb: Seperti biasa, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengadakan Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1432H/2011M bertempat di Padang Kota Lama pada 15 Februari ini bermula jam 7.00 pagi.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagaimana tahun lalu temanya tetap sama iaitu 'Wasattiyah Tunggak Kecemerlangan Ummah' yang menjurus kepada maksud melahirkan kesederhanaan dalam Islam.
Menurutnya, memandangkan program ini merupakan kesinambungan kepada program tahun lepas kebanyakan pengisianya tidak berubah, cuma individu yang terbabit sahaja yang berganti contohnya ceramah Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Sheikh Faisol Omar dari Jabatan Agama Islam Kedah dan persembahan nasyid dari Jabatan Penjara Pulau Pinang iaitu johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010.
Katanya lagi, bacaan kitab Bidayat As-Sul Fi Tafdil Rasul selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri tetap disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa dan Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang, Rosli Othman bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang pada 12 dan 13 Februari.
Ia, tambahnya akan diikuti Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada 14 Februari di Masjid Negeri  bermula jam 7.00 malam yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Beliau berkata, seramai 4,000 peserta pembarisan dijangka akan mengambil bahagian pada perarakan tahun ini yang melibatkan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta lain-lain.
Pada hari yang sama juga, katanya diadakan Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang di mana antara pengisiannya ialah anugerah khas Maulidur Rasul kepada personaliti yang mencipta nama peringkat negara dan antarabangsa, pelancaran Dana Wakaf oleh Yang Dipertua Negeri, ceramah Maulidur Rasul serta persembahan nasyid.
Katanya, kali ini juga Radio Pulau Pinang (Mutiara FM) telah mengadakan jalinan kerjasama untuk menyiarkan ceramah agama dari tokoh agama dari negeri atau kebangsaan selama 10 siri yang bertemakan Maulidur Rasul bermula dari 10 hingga 20 Februari  di samping memperkenalkan Pameran Tamadun Islam pada 15 Februari di tempat yang sama.  
"Dengan pemberitahuan ini tiada lagi mana-mana pihak mengambil peluang  menghentam kerajaan negeri kononnya tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sepertimana kekecuhan di tahun lepas," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung. - Harakahdaily

Thursday, February 10, 2011

Debat Nik Aziz: Nik Aziz Sombong

Lepas dah banyak kali berdolak dalih pasal isu debat yang diutarakan, Nik Aziz keluarkan lagi kenyataan yang jelas mengambil peluang untuk mengatakan yang dirinya betul.

Katanya, orang yang berkuasa yang dimaksudkan ialah Perdana Menteri dan Menteri Besar. Punyalah sombong, mentang-mentanglah ada kelulusan dalam bidang agama, dia nak berdebat dengan orang lebih khusus dalam bidang lain. Padahal, yang sibuk bising-bising cakap banyak fatwa-fatwa Nik Aziz tu menyesatkan bukan Perdana Menteri, bukan Menteri Besar.
Mengenai isu debat berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS itu menjelaskan kesediaannya untuk berdebat dengan "individu berkuasa" merujuk kepada Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat.

"Kalau ada orang nak berdialog dengan saya mengenai Islam, saya nak orang berkuasa, tidak orang biasa...kalau dalam negeri Menteri Besar, kalau pusat Perdana Menteri," katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun, semalam Nik Abdul Aziz menafikan beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya itu sebaliknya berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak berkuasa yang lain dan bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. - Bernama
Kenapa dia tak nak berdebat dengan Ustaz Noor Deris tu, seboleh-bolehnya nak dielakkan.

Mula-mula cakap nak debat dengan orang yang ada kuasa dan tauliah, lepas tu bila ramai sebut Majlis Fatwa (termasuklah Ketua Penerangan PAS sendiri), Nik Aziz nafikan pula. Walhal, bukan kah Majlis Fatwa tu ada kuasa dan memang sangat bertauliah.

Inilah yang jadi kalau dah bodoh sombong, dia fikir dia sahaja yang betul. Erm, nak buat macam mana, ilmu yang ada patutnya digunakan untuk menyatukan umat Islam, tapi dia pula yang suruh Dr M gunakan kepintarannya untuk Islam (yang mana memang pun Dr M gunakan).

Air di Kelantan Dah Memang Membebankan

Kerajaan Negeri Kelantan nampaknya tunjuk baik kononnya umumkan tarif air di negeri itu tidak akan dinaikkan. Tapi kalau kualiti perkhidmatan yang diberikan tak bagus, tetap juga tak setimpal dengan apa yang dibayar masa ni.
Kereta kalau lagi berkualiti, harga pun lagi tinggi. Inikan pula air, keperluan harian yang sangat penting.

Wednesday, February 9, 2011

Malott Yang Racist

Tak sangka mentaliti seorang bekas duta sebegini rendah. Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada Perdana Menteri, DS Najib, dengan bermacam kisah yang menunjukkan Najib seorang yang racist menurut perspektif John 'Malaun' Malott.
Bagi malaun ini, 'arahan' menghormati orang Islam dan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia apabila Najib menghadiri rumah terbuka Krismas merupakan satu perbuatan perkauman. Sebenarnya dia tak faham dengan budaya Malaysia dan dibodohkan lagi dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan. Majlis tersebut merupakan sebuah majlis rumah terbuka.

Rumah terbuka merupaka suatu budaya sihat di Malaysia. Majlis-majlis seperti ini meraikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama. Namun, oleh kerana ianya majlis yang diraikan oleh seluruh rakyat, kesucian agama Islam harus terus dipelihara. Perkara-perkara yang mungkin mendatangkan fitnah mesti dielakkan. Jika pejabat PM tidak melakukan permohonan sedemikian, akan ada pula pihak yang memanipulasi perkara tersebut dengan mengatakan Najib menghadiri majlis keagamaan Kristian.

Bagi malaun ini, menyolong penduduk yang inginkan keharmonian di kawasan perumahan mereka merupakan perbuatan perkauman.

Bagi malaun ini, akhbar bukan melayu mengapi-apikan perkauman adalah tidak racist.

Bagi malaun ini, memperlekehkan guru melayu adalah perbuatan tidak racist.

Bagi malaun ini, mempersendakan agama Islam adalah perbuatan tidak racist.

Bagi malaun ini, menggugat syiar Islam seperti azan dan masjid adalah perbuatan tidak racist.

Nampaknya, malaun ini benar-benar racist.

Tuesday, February 8, 2011

Jiran

korea utara.korea selatan


thailand.kemboja

malaysia.indonesia

korea.jepun

india.pakistan

...

dan dunia terus bergolak.

semangat kejiranan yang hilang di jalur sempadan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...