Thursday, March 25, 2010

Utusan: Najib beri imej baik kepada politik: Bekas PM Britain

KETOKOHAN, keterbukaan dan sikap terus-terang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mengemudi pentadbiran negara, di samping memiliki visi luas mencorakkan hala tuju ekonomi dalam mengangkat nama Malaysia di persada global, mendapat pujian bekas Perdana Menteri Britain, Sir John Major.

Dengan nada berseloroh, Major berkata: “Perdana Menteri anda (Najib) berada dalam kedudukan ‘bahaya’ kerana ‘memberi nama baik kepada politik’.“Berdasarkan apa yang disampaikan pada persidangan dan pertemuan dengan pengurus dana pada Persidangan Pelaburan Asia (AIC 2010) serta komitmen beliau untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi maju, Malaysia sesungguhnya berada di bawah kepemimpinan yang baik,” kata Major disambut tepukan gemuruh hadirin. Major yang kini menjadi Penasihat Khas Credit Suisse, bank pelaburan terbaik dunia berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran CIMB, di sini, malam kelmarin. Perdana Menteri menjadi tetamu kehormat majlis itu.


Terdahulu, Major menjadi moderator Sesi Dialog Makan Tengah Hari Pelabur Dengan Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri lebih 100 pengurus dana dan pelabur institusi kewangan.


Major juga kagum dengan cara Najib menerangkan dengan jelas mengenai usaha sudah dan akan dilaksanakan untuk menaikkan nama Malaysia khususnya sebagai destinasi pelaburan utama dunia.


Katanya, sikap keterbukaan Najib dalam mendengar dan mengambil kira pendapat komuniti antarabangsa khususnya pelabur serta mengimbanginya dengan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia adalah sesuatu yang agak luar biasa khususnya di kalangan ahli politik.

Pada majlis sama, Najib, ketika memberi ucapan berkata, beliau mengambil berat apa perubahan yang pengurus dana mahu lihat dalam pasaran modal Malaysia.


“Anda suka pasaran Malaysia, sebilangan anda mengatakan ia adalah stabil tetapi belum cukup menarik... jadi kami perlu melakukan sesuatu mengenainya bagi menceriakan anda.


“Apabila pasaran dunia meningkat tinggi, pasaran Malaysia tidak banyak bergerak, tetapi apa yang baiknya ialah apabila pasaran dunia merudum, kita tidak turut sama jatuh menjunam dengan teruk,” kata Najib.


Mengenai reformasi ekonomi, beliau berkata, meskipun pengurus dana menggemarinya, namun mereka mahukannya ia dilaksanakan dengan segera dan tersusun.


Bagaimanapun, Najib berkata, apa juga perubahan yang dilakukan adalah untuk keperluan dan kebaikan rakyat Malaysia.

Sunday, March 7, 2010

Apa la Harakah

Nampaknya akhbar Harakah dah jadi akhbar untuk kutuk mana-mana wakil rakyat PR yang lompat parti.

Harakah tak relevan la. Beritanya semua bersifat menyerang dan mencari salah oranag walaupun sendiri yang salah. PAS dah buta kerana kuasa ke? Kalau nak buat berita macam tu jangan guna lagi nama Islam untuk dapatkan kuasa. Memalukan agama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...