
Nampaknya orang2 pakatan rakyat(so called) ni suka sangat mencari publisiti murahan.Teringat masa mula-mula sidang parlimen disiarkan secara langsung dulu,perangai ahli-ahli parlimen boleh dikatakan agak mendukacitakan.Semua seakan ingin menge'test power' depan kamera.Agaknya Nizar pun nak 'test power' juga rasanya.Erm biasalah orang baru la katakan.Mungkin dia terlupa dia bukan berada dalam sidang DUN.Tak mengapa la,harap-harap lepas ni dia tak lupa lagi.
Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen |
Jun 15, 09 11:44am |
kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN". Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut. Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar". ![]() |
No comments:
Post a Comment