Dalam Konvensyen Pengupayaan Bangsa yang dianjurkan PAS di Shah Alam, Nik Aziz dilaporkan mengatakan bahawa UMNO menggunakan slogan Ketuanan Melayu yang memberi kesan terhadap penerimaan Islam yang semakin jauh daripada golongan bukan Islam.
"Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat." - Malaysiakini, 19 Feb 2011Sejak bila dalam mana-mana kertas rasmi UMNO menulis "Ketuanan Melayu" sebagai slogannya. Mahupun tidak juga pimpinan tertinggi UMNO melaungkan slogan "Ketuanan Melayu" dalam mana-mana majlis perhimpunan UMNO. Selain daripada slogan 'Hidup Melayu' yang diperkenalkan Dato' Onn bertujuan menyelamatkan negara dan sistem beraja di Tanah Melayu daripada terus dilenyapkan oleh penjajah British pada waktu itu, memang UMNO tidak menggunakan "Ketuanan Melayu" sebagai slogan.

Menggunakan nama Melayu tidak semestinya bersifat perkauman. Melayu sebagai penganut Islam teramai dan terawal di Malaysia menjadikan perkara ini, menggunakan nama Melayu, sebagai satu langkah wasatiyyah (sederhana / tidak ekstrim) dalam mempertahankan agama Islam di Malaysia. Menyeru Melayu bersatu secara tidak langsung menyeru kepada kesatuan Islam di Malaysia. Islam itu sendiri sebuah agama yang sederhana dan tidak membebankan umatnya. Perkara ini diakui sendiri oleh DAP. Oh, pernah diakui, namun kini tak pasti setelah mereka cuba menjahanamkan PAS. Sejarah kedatangan Islam zaman Rasulullah Muhammad SAW bermula sedikit demi sedikit bermula dengan secara senyap kemudian baru secara terbuka. Tidak dengan secara mendadak (ekstrim).
Artikel Ilmu mengenai pendekatan Wasatiyyah --> Manhaj Wasatiyyah Terus Relevan
No comments:
Post a Comment