Saturday, February 12, 2011

Tandas Masjid Kotor: Mana Sebahagian Iman?

Syiar Islam tanggungjawab semua Umat Islam - photo credit Kazasho
 Tandas-tandas di Masjid sekitar negeri Kelantan dilaporkan tidak bersih. Perkara ini juga diakui sendiri oleh Nik Aziz. Adalah amat memalukan pusat ibadah dan komuniti umat Islam tidak dapat dijaga dengan baik. Akhlak dan adab menggunakan tandas yang tidak diamalkan merupakan penyebab berlakunya keadaan sebegini.

Lebih teruk lagi, perkara memalukan ini berlaku di negeri yang digelarkan sebagai serambi Mekah. Sememangnya keadaan ini tidak menggambarkan jolokan yang diberi sendiri. Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Susah lah kalau sebahagian yang mudah ni pun tiada.

Pengguna (jemaah) dan pihak pengurusan masjid perlulah mengambil tindakan sewajarnya. Jemaah yang hadir perlulah berasa bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas masjid yang mereka gunakan. Saya berpendapat kita memang tidak boleh salahkan semuanya pada pentadbir masjid. Walau bagaimanapun, mereka perlu juga mencari jalan untuk memastikan kesucian dan kebersihan tandas tersebut terjaga untuk memaparkan syiar Islam yangr sebenar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...