Sunday, February 13, 2011

Adakah PRK lagi? Pahang pula.

Dipetik dari Agendadaily.
Adun BN Kerdau,Pahang Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia
Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim ( gambar ) meninggal dunia petang tadi. Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said memberitahu Agendadaily Allahyarham Datuk Zaharudin meninggal dunia setelah terjatuh dalam bilik air di rumah di Temerloh nya pada jam 6.30 petang. Jenazah dikebumikan pagi esok. Sebelum ini Zaharuddin pernah dirawat di IJN kerana sakit jantung

Selepas fenomena yang dipanggil tsunami politik pada PRU 2008, keadaan politik negara terasa amat pelik. Begitu banyak pilihanraya kecil berlaku. Harapnya, ini adalah yang terakhir. Lagipun, kalau ada lagi kekosongan Ahli Parlimen atau ADUN selepas bulan Mac ini, pilihanraya kecil tidak akan dilangsungkan kerana tempoh penggal kali ini hampir tamat.

Mungkinkah ada petanda dari Allah yang ingin ditunjukkan kepada rakyat Malaysia? Sejak kebelakangan ini, banyak temberang dan hasutan pembangkang dapat dirungkaikan. Lebih-lebih lagi sewaktu adanya pilihanraya kecil ini. Rakyat dapat melihat wajah sebenar siapa yang menggelarkan mereka pejuang demokrasi, pejuang keadilan, pejuang rakyat, pejuang Islam dan apa jua jenis pejuang yang mereka dabikkan.

Semakin pelik jika kita lihat pada mulanya keputusan-keputusan pilihanraya kecil berpihak pada pembangkan dan kebanyakannya berlaku di negeri-negeri yang diperintah mereka. Kemudian, mereka seperti terpaku kerana kekalahan demi kekalahan terpaksa diterima -walaupun sukar untuk mereka terima-. Sungguh besar hikmah dari semua kejadian ini.

Perkara ini sekaligus dapat membuka mata dan minda kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang supaya kestabilan negara dapat dikekalkan. Selain itu kita harus berdoa dan berjuang melupakan batasan perbezaan parti untuk mengukuhkan lagi pacak syiar Islam di Malaysia apabila kestabilan negara bertambah utuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...